HATI merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan
penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai
pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan
menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia
melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan
tisu khas.
Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula
dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic.
Hati
berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga
abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini
tercerna dan diserap di usus.
Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0
kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan
organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar
terbesar dalam tubuh manusia.
Hati menerima darah melalui arteri hati dan vena portal
hepar. Arteri hati membawa darah beroksigen dari jantung untuk dibekalkan
kepada sel-sel hati. Vena portal hepar pula membawa darah dari usus untuk
dinyahtoksik. Darah dari kedua-dua salur darah ini dibawa keluar dari hati
melalui vena hati ke dalam vena kava inferior untuk dibawa balik ke jantung.
Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
* Mengawal aras
glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
* Menyimpan
vitamin dan garam mineral tertentu.
* Mengawalatur
metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
* Menghasilkan
hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
* Menghasilkan
protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
* Menghasilkan
faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II(protrombin), V,VII,IX,X & XI
* Menyahtoksik
bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
* Sebagai tempat
penghasilan sel-sel darah merah fetus.
* Menguraikan
molekul hemoglobin tua.
* Menyingkirkan
hormon-hormon berlebihan.
No comments:
Post a Comment